Seorang bayi di daerah Suide di barat laut China berjaya diselamatkan selepas dibuang oleh ibunya sebaik dilahirkan di dalam saluran pembentungan.
Tangisan bayi berkenaan didengari oleh seorang pejalan kaki yang berjalan berhampiran saluran itu di wilayah Shaanxi yang kemudian menghubungi pihak berkuasa.
Bayi itu berjaya dikesan terendam badannya di dalam air kotor di dalam saluran pembentungan itu.
Bayi bertuah itu dinamakan Xiaoxiao atau bermaksud si kecil hanya calar di badan dan kini sedang dirawat di sebuah hospital sementara polis berusaha mengesan ibunya.
“Kami terpaksa mengejar masa kerana bimbang ada orang akan mencurahkan lagi air ke dalam pembetung itu atau bayi itu mungkin tertiarap yang akan menyebabkan dia mati lemas,” kata Ketua Jabatan Bomba Daerah Suide, Li Zhi.
Kerana tidak mahu memecahkan pembetung itu bagi mengelak bayi berkenaan cedera atau mati, Li Zhi berkata, anggotanya terpaksa menggunakan pelbagai alat untuk memudahkan Xiaoxiao dibawa ke arah lubang pembetung itu sebelum dia ditarik keluar.
Sebelum ini pada September lepas, seorang bayi terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba di China selepas terperangka dalam saluran paip juga selepas dilahirkan oleh ibunya yang mahu menyembunyikan kelahiran.
Ibu bayi itu yang merupakan seorang pelajar universiti membersihkan diri dan menyambung ulangkaji pelajarannya selepas melahirkan bayi itu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment