Kisah Benar!! Isteri Curang Dengan Sahabat Rapat Suami
Disini Ingin saya kongsikan apa yang terjadi dalam rumah tangga saya yang telah enam tahun terbina. Saya berdosa menduakan suami tanpa sebab munasabah. Namun, saya berharap agar perkongsian ini memberi pengajaran dan teladan kepada semua.
Saya wanita tamak. Wanita yang tidak reti bersyukur atas apa yang saya miliki. Dan kini, saya berasa amat teruji. Jangankan kawan baik, saya juga mungkin kehilangan suami.
Untuk pengetahuan pembaca, saya kini dalam tempoh mengharapkan pengampunan suami. Suami telah meninggalkan saya beberapa bulan yang lalu untuk mencari ketenangan setelah mendengar pengakuan curang saya dan sahabat baiknya. Mencari hari yang benar-benar sesuai untuk dia memberikan keputusan. Dan saya merelakan kerana saya memang bersalah. Ambilllah seberapa banyak masa yang dia mahu, saya akan menunggu. Saya masih dan terlalu menyayangi suami. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa saya, dan membuka pintu hati suami untuk menerima saya semula.
Teman baik suami, adalah bekas kekasih saya. Suami tidak tahu tentang itu meski pun kami bertiga telah berkawan selama lapan tahun lamanya. Kami bekerja satu kilang. Saya dan teman lelaki satu department manakala suami di department lain.
Sebelum berkahwin dengan suami, saya dan teman lelaki bercinta tetapi hubungan kami hanya bertahan kurang sebulan sebelum saya memutuskannya kerana tidak sehaluan. Kami berdua panas baran dan lebih sesuai menjadi kawan. Tidak lama selepas itu, saya bertemu jodoh dengan suami dan memandangkan suami tahu dia adalah kawan baik saya, maka suami pun turut berkawan dengannya sehingga mereka menjadi rapat. Ke mana-mana pun kami pasti bertiga. Dia, tidak mahu mencari kekasih lain kerana dia seorang yang pemalu dan sukar untuk mesra dengan orang lain.
Enam tahun perkahwinan saya dan suami, dan selama enam tahun itulah kami bertiga amat rapat sehingga dia turut balik ke kampung mentua saya. Saya dan suami membantunya banyak perkara dan begitulah sebaliknya. Kepercayaan suami terhadapnya amat tinggi sehingga jika saya sakit pun, suami meminta dia menolong saya untuk ke klinik. Dan jika dia sakit, suami sayalah yang akan membawanya ke klinik, walau pun pada jam 2 pagi.
Suatu hari, dia menceritakan tentang seseorang dalam hidupnya. Seorang wanita, yang kini mencuri tumpuannya. Saya berasa cemburu dan tidak sanggup untuk melihat dia bersama orang lain. Atas sebab cemburu, saya mula menggodanya. Mencuri tumpuan dan melayan dia seperti seorang kekasih. Saya dapat rasa dia mula berbelah bahagi, dan turut melayan saya seperti kekasihnya juga. Kami menjalinkan hubungan cinta terlarang.
Orang bersalah memang tak akan menang selama-lamanya. Suami mula menghidu perhubungan kami dan tanpa saya sedar, SMS serta whatsapp kami disemak suami. Suami mengamuk malam itu dan saya hampir ditamparnya. Suami minta saya berterus-terang. Demi ALLAH, jika tidak kerana kealpaan saya menyimpan SMS, mungkin saya dan teman lelaki tidak sedar dosa-dosa kami.
Saya menyesal. Saya yang tamak. Saya ingin berhenti kerja. Teman lelaki telah meninggalkan saya kerana dia sememangnya mencintai wanita lain. Hanya kerana saya, dia berbolak balik dengan wanita itu. Saya turut menghubungi wanita itu untuk meminta maaf. Begitu juga terhadap suami.
Kini saya berserah. Bagi saya, usahlah bersahabat walau pun tanpa niat lain dengan bekas teman lelaki. Suatu tahap dalam perkahwinan, anda mungkin berasa jemu, marah dan benci dengan ego pasangan. Keadaan itu akan membuatkan anda mudah ingin membalas dendam dan mencari perhatian orang lain. Begitulah yang saya rasakan sedangkan ia perbuatan salah. - Jue, 30
0 comments:
Post a Comment