KES KELAR : SIKAP SEBENAR NORSYUHADA TERPUJI




Kes pembunuhan menyayat hati Nur Shuhada, 20 yang dikelar oleh seorang kenalan lelakinya di atas Lebuhraya Plus amat memilukan hati seluruh rakyat Malaysia.

Dimaklumkan rupanya selama ini, arwah sememangnya sudah lama diganggu oleh suspek dan kejadian dilarikan ini bukan kali pertama menurut ayahnya.

Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan banyak khabar angin yang tidak baik melibatkan arwah, ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care yang arwah pernah sertai tampil memberi penjelasan tentang sikap sebenar Nursyuhada.

“Dimaklumkan bahawa seorang adik yang terbunuh semalam adalah seorang yang baik, cemerlang peribadi dan antara individu yang menajdi sukarelawan Muslim Care ke Kelantan 2 minggu lepas.

“Alhamdulillah sepanjang misi CUCI dan serah sumbangan, arwah dan rakan-rakannya sangat bersemangat dan berharap akan bersama sekali lagi untuk misi-misi akan datang.

“Saya memohon untuk kita sentiasa bercakap yang baik walaupun terdapat pelbagai spekulasi melalui media arus perdana atau media baru.

“Selaku AJK Muslim Care, yang mengatur perjalanan sukarelawan daripada utara ke pantai timur, saya sangat terkesan dengan pemergian adik Nursyuhada dan berharap agar kita semua mendoakan yang terbaik buar adik arwah Nursyuhada,” katanya melalui kenyataan di sebuah media sosial.









Hasil siasatan pantas pihak polis, seorang lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel telah ditahan reman 7 hari untuk membantu siasatan. Lelaki yang dipercayai membunuh Norsyuhada itu mempunyai kad rawatan sakit mental daripada Hospital Tuanku Fauziah.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment