6 Sebab Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Paling Digilai Wanita, Dicemburui Lelaki



Hamboih.. Rupanya ramai juga yang berangan-angan nak jadi princess bila baca artikel mengenai Puteri Johor, Tunku Tun Aminah semalam kan?

1. Tunku Idris, Anak Ketiga Sultan Ibrahim Ismail & Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah







Baru berusia 27 tahun, Tunku Idris memang menjadi ‘kegilaan’ gadis-gadis. Oh ya.. Sepertimana adik beradiknya yang lain, Tunku Idris mempunyai darah diraja dari kedua-dua belah pihak keluarganya.

Datuk daripada sebelah bapa adalah bekas Sultan Johor, Sultan Iskandar manakala datuk dari sebelah ibunya pula adalah bekas Sultan Perak, Sultan Idris Shah II.

Confuse? Never mind. As long as korang faham yang mereka memang ‘truly’ darah diraja.






2. Bukti ‘kegilaan’ Tunku Idris dengan kereta mewah





Kalau korang nak tahu, Instagram Tunku Idris ni memang dipenuhi dengan foto kereta-kereta mewah miliknya.

Antaranya ialah Pagani Huayra, Porsche, RUF, Alfa Romeo, BMW dan McLaren Mercedes-Benz SLR McLaren. Malah, ada juga design yang direka sendiri.

Tunku Idris juga memiliki Kereta BMW i8 yang dipandu oleh Tom Cruise dalam filem Mission Impossible 4.


Eh jap, Satria Neo pun adalah!



3. Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) & boleh pandu helikopter



Sebagai sebahagian dari tradisi keluarganya, Tunku Idris juga berkhidmat untuk tentera di mana Tunku Idris berkhidmat untuk Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Di sinilah dia mempelajari cara-cara memandu helikopter secara terlatih.

4. Suka aktiviti lasak seperti surfing




5. Pandai melukis





6. He is a family man





Kami rasa ini adalah ciri-ciri yang paling wanita idamkan pada setiap lelaki kan? Daripada apa yang kami tengok, Tunku Idris memang selalu ‘lepak’ dengan keluarganya.

Erm..Tapi, setakat ni takde pulak nampak gambar girlfriend. Tak tahulah kalau kami terlepas pandang ke..Atau terlepas gosip ke. Hehe.



Malah, Tunku Idris ini juga dikatakan sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, humble dan macam-macam lagilah komen positif mengenai beliau di ruang Instagramnya.

Untung rakyat Johor kan?


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment