8 Persepsi Buruk Rakyat Malaysia Mengenai Janda Berhias


Asal sebut janda je, mesti ada persepsi yang burukkan? Padahal, golongan ni tak mendatangkan keburukan pun kat korang.

Nah, ini hasil survey 8 persepsi buruk rakyat Malaysia terhadap Miss J.


1. Suka Rampas Laki Orang

Pantang nampak janda jalan depan rumah, mula lah masing-masing suruh para suami masuk rumah. Mana taknya, nanti tak pasal-pasal bermadu pulak.

Gila ke suami tak telan air liur bila tengok si Janda sebab si isteri kat rumah tu hanya pakai kain batik bau masam. Rambut pula dah serupa Hantu Mak Limah. Erm. Fikirkanlah ye.

2. Tak Pandai Jaga Suami
“Dia kena cerai sebab tak pandai jaga laki lah tu”. Ish, jahatnya mulut kau ni. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumahtangga orang, so jangan jadi judgemental sangat okay!

3. Pakai Baju Seksi Kalah Anak Dara

Kalau diperhatikan wanita berstatus Miss J ini memang pakai baju yang kalah anak dara. Tak cukup dengan itu, badan mereka pun lebih solid berbanding anak dara.

Eh, tak salah pun mereka ni nak pasang badan sebab kecantikan itu bukan perlu diukur dengan status anda.

4. Simpan Anak Ikan

Lagi persepsi buruk rakyat Malaysia yang tipikal. Asal Janda je dituduh simpan anak ikan padahal realitinya jejaka bujang tu adalah anak lelakinya. Yelah, kata Janda berhias, Dah nampak sebaya dengan anak.

5. Mata Duitan

Kenapa kena ada persepsi sebegini ya? Pada kami, yang muda-muda tak kahwin lagi banyak yang mata duitan, kaki kikis. Padahal wanita berstatus Janda ni sebenarnya pandai cari duit sendiri.

6. Kuat Bersosial

Katanya, golongan Janda ni kawan dengan lelaki bukan untuk serius. Tapi hanya untuk suka-suka je. Enjoy sana, enjoy sini tapi tak nak kahwin. Pandai je nak tuduh kan?

7. Banyak ‘Pengalaman’

Macam biasalah. Dek kerana mereka pernah bergelar isteri orang, mesti kaum-kaum lelaki mula berfikiran kotor. Lagi-lagi bila mereka membayangkan aksi ranjang. Hidup ni bukan untuk seks sahaja ya!

8. Janda Bawa Malang

Kononnya, kalau berkawan dengan Janda ni akan bawa pengaruh buruk terhadap rumahtangga korang. Nanti terima nasib yang sama lah kiranya. Ish, tahyul sangat kepercayaan tu okay!
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment